Monday, April 5, 2010

AF8 DEMAM LAGI KER? MUNGKIN TIDAK....

Demam lagi ker? rasanya tak demam sangat kot kerana rata2 kengkawan kata AF8 kali ini mcm hambar dan X ada umphhh!. Melihat konsert mingguan, rasa mcm ada kurang di sini sana. Tapi saya sangat teruja melihat Tirai AF8 dan begitu terpesona dengan persembahan Ain seorang pelajar dari Sabah yg menyanyikan lagi The Climb yg dipopularkan oleh Myley Cyrus. Ain nampak sangat yakin dan ada potensi. Walau baru tetapi dia tampak seperti telah bersedia untuk menjadi artis dengan penampilan menarik dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Jom ramai2 sokong Ain

Sunday, September 6, 2009

MENCARI KEREDHAAN

Semoga dalam perjalanan hidup kita akan mendapat satu kerdhaan dengan menjalankan amalan berpuasa ini. sesungguhnya ini adalah cubaan pada yang tidak pernah merasa kesusahan ...lapar dan dahaga. Dengan adanya Ramadhan sebegini, kita akan berlatih menjadi org yg sabar dan tahan lapar dan dahaga yang mana kelak jika kita mendapat kesusahan, tersesat di hutan atau sebagainya, kita tidaklah terlalu susah sangat dan tidaklah kelaparan sangat. betapa besarnya hikmah sebegini, hanya kita perlu tabah sahaja menjalani ibadah mulia di bulan yang berkat ini.

Saturday, May 30, 2009

FLU YG MERESAHKAN

Ntah mengapa dunia semakin panas sejak akhir2 ini. Inikah bukti pemanasan global. Kereta yg mengeluarkan asapkah penyebabnya? juga kenderaan lain...atau sang perokok? Si pembakar sampah dan kebun? Aduh, sampai bila panas ini akan berkurang? Kini rasa tidak selamat ke mana2. Mahu rasanya berlegar setiap masa dan sepanjang hari kat shopping complex.

Kini flu babi pula muncul. Arghh!!! betapa risaunya manusia kini. Semakin terjejas perniagaan dari pelancongan, makanan, dan lain2 lagi kerana org tidak berani keluar makan dan bersiar2. Lebih selesa dan rasa selamat makan minum dan stay kat rumah sahaja. Dalam kekalutan, sana-sini aku ternampak org memakai musk. perlukah?

Thursday, November 27, 2008

MUZIK-MUZIK, SAPI PUNYA SUSU, LEMBU DAPAT NAMA

NAK BAGI ADIL, MURAI MELETAK GAMBAR PENYANYI, PENCIPTA & PENULIS LIRIK.


Kesian pencipta lagu yang lagu mereka tersenarai dalam carta muzik-muzik. Saban minggu orang tetap mengatakan lagu si polan berada di tangga kesekian dan berada beberapa minggu dalam carta. Sana-sini aku dengar hal yang sama. sepatutnya nama sipencipta yang disebut. Ini adalah pertandingan lagu, bukan pertandingan nyanyian. Apa yang susahnya sangat orang kita nak menyebut lagu Adnan Hassan berjaya ke semi final. Atau sebagai contoh..."Ehh tadi lagu Azlan Abu Hassan Juara minggu ni".



Rasanya bukan orang luar sahaja yang patut belajar memahami konsep Juara lagu yang mempertandingkan lagu, bukan penyanyi...malah wartawan dan pengurus artis juga harus di ajar konsep ini, kerana walaupun mereka telah lama dalam bidang seni, tapi mereka masih tak tau atau tak sedar yang ini pertandingan penciptaan lagu. tengoklah cara wartawan, cara pengurus artis yang buat Review pasal Juara Lagu ini...seolah-olah artis mereka yang bertanding. Ada aku baca beberapa hari lepas sebuah akhbar popular memberi tajuk atau gambaran seperti ini "MONOPOLI ARTIS REALITI KE SEMI FINAL". Pada semua, "Lu fikir la sendiri"

Monday, October 27, 2008

MANDI BUIH

Tanyalah pada yg pernah mandi buih, pasti ramai yang kata ianya menyeronokkan. tapi bukan semua orang berpeluang merasai pengalaman sebegini. It's alots of fun dan sungguh membuat kita teruja. Tapi...bersedia lah dengan segala kejutan yang mendatang. Remaja hanya sekali, gunakan sebaiknya...asal jangan terperangkap dengan kes jenayah membunuh, menipu dan merompak...serta menagih dadah....dah la. Hindarkan diri dari jenayah...seronok...tak apa.

Thursday, October 16, 2008

SENYUM ITU SEDEKAH

Baru2 ni aku ada ke satu Majlis yg begitu meriah sekali. Nak tau majlis tu...Majlis Ramah Mesra Juara AF6. Tapi kat sini aku bukan nak cerita pasal majlis yg meriah itu, tapi cerita pasal senyuman. Benarlah kata pepatah, semyuman membuat orang rasa dihormati, dihargai dan rasa bahagia. Aku masih ingat lagi kata cikguku, "Senyuman ikhlas adalah sedekah". Kalau difikirkan,
sedekah apa? tapi bila difikir2 kan berkali2, betul juga. Senyuman yg dilemparkan pada kita akan membuat kita rasa bahagia. Pada majlis itu aku sungguh gugup, tapi senyuman seseorang itu masih melekat diingatanku. Siapa dia? 'BIARLAH RAHSIA' seperti lagu yg popular tu.
Antara dua photo aku ni, mana satu senyuman yang ikhlas? cuba lah teka kengkawan semua.


Tuesday, October 14, 2008

ME, MY SELF & MY VERY GOOD FRIEND

Dalam hidup ini kita semestinya memerlukan kawan, tapi kalau kawan banyak menyusahkan kita...lebih baik aku tak ada kawan...aku lebih rela sendirian. Dalam hidupku, aku hanya punya tidak lebih dari 10 org kawan. Walau jumlahnya kecil, tapi kawan2 ku ini tidak pernah menyusahkanku. Apalah gunanya kawan, kalau asyik menyusahkan. Kat bawah ni, adalah salah seorang my very good friend. So...bukan kuantiti yg kita perlukan pada jumlah kawan...tapi kualiti yg ada pada kawan kita itu.