Thursday, October 16, 2008

SENYUM ITU SEDEKAH

Baru2 ni aku ada ke satu Majlis yg begitu meriah sekali. Nak tau majlis tu...Majlis Ramah Mesra Juara AF6. Tapi kat sini aku bukan nak cerita pasal majlis yg meriah itu, tapi cerita pasal senyuman. Benarlah kata pepatah, semyuman membuat orang rasa dihormati, dihargai dan rasa bahagia. Aku masih ingat lagi kata cikguku, "Senyuman ikhlas adalah sedekah". Kalau difikirkan,
sedekah apa? tapi bila difikir2 kan berkali2, betul juga. Senyuman yg dilemparkan pada kita akan membuat kita rasa bahagia. Pada majlis itu aku sungguh gugup, tapi senyuman seseorang itu masih melekat diingatanku. Siapa dia? 'BIARLAH RAHSIA' seperti lagu yg popular tu.
Antara dua photo aku ni, mana satu senyuman yang ikhlas? cuba lah teka kengkawan semua.


1 comment:

fairuz afif said...

yg atas tuh .
ikhlas sket KOT .
haha