Thursday, November 27, 2008

MUZIK-MUZIK, SAPI PUNYA SUSU, LEMBU DAPAT NAMA

NAK BAGI ADIL, MURAI MELETAK GAMBAR PENYANYI, PENCIPTA & PENULIS LIRIK.


Kesian pencipta lagu yang lagu mereka tersenarai dalam carta muzik-muzik. Saban minggu orang tetap mengatakan lagu si polan berada di tangga kesekian dan berada beberapa minggu dalam carta. Sana-sini aku dengar hal yang sama. sepatutnya nama sipencipta yang disebut. Ini adalah pertandingan lagu, bukan pertandingan nyanyian. Apa yang susahnya sangat orang kita nak menyebut lagu Adnan Hassan berjaya ke semi final. Atau sebagai contoh..."Ehh tadi lagu Azlan Abu Hassan Juara minggu ni".



Rasanya bukan orang luar sahaja yang patut belajar memahami konsep Juara lagu yang mempertandingkan lagu, bukan penyanyi...malah wartawan dan pengurus artis juga harus di ajar konsep ini, kerana walaupun mereka telah lama dalam bidang seni, tapi mereka masih tak tau atau tak sedar yang ini pertandingan penciptaan lagu. tengoklah cara wartawan, cara pengurus artis yang buat Review pasal Juara Lagu ini...seolah-olah artis mereka yang bertanding. Ada aku baca beberapa hari lepas sebuah akhbar popular memberi tajuk atau gambaran seperti ini "MONOPOLI ARTIS REALITI KE SEMI FINAL". Pada semua, "Lu fikir la sendiri"

1 comment:

iStyle Magazine said...

Hello! how are you?

warm greeting from Bali island ^^